Gudang Ilmu


Akal adalah gudang ilmu

Ia adalah khazanah maklumat

Ia adalah penyimpan pengalaman apa yang ia lihat, dengar, rasa dan sentuh

dan boleh mengeluarkan

Itulah peranan akal

Hakikatnya akal adalah guru atau pemimpin di dalam diri,

pemimpin dan juga guru di luar diri

Ia boleh jadi guru di dalam diri dan boleh menjadi guru di luar diri

Kalau ia benar-benar guru di dalam diri dan boleh menjadi guru di luar diri

Kalau ia benar-benar guru, berfungsi sebagai guru, diri terpimpin

masyarakat di luar diri terpimpin

Diri dapat kesedaran, di luar diri juga dapat kesedaran

Di dalam diri dapat keinsafan, di luar diri juga mendapat keinsafan

Diri dapat nikmat masyarakat juga mendapat nikmat

Diri dapat ilmu di luar diri juga dapat ilmu

Diri juga dapat pimpinan, masyarakat juga mendapat pimpinan

Akal jugalah menunjuk jalan di dunia, akal jugalah menunjuk jalan ke Akhirat

Akal boleh membawa keselamatan di dunia,

akal juga boleh membawa keselamatan di Akhirat

Di akhir zaman ia sungguh malang sekali

Akal sudah rosak ia bukan guru atau pemimpin lagi

Ia tidak berperanan lagi sebagai guru atau pemimpin

Peranannya sudah ditukar kepada yang bukan peranannya

Dirinya rosak binasa, masyarakat di luar dirinya juga rosak binasa

Akal hanya memikirkan mencari makan

Mencari harta, mencari kekayaan, mencari kesenangan, mencari nama,

mencari keseronokan

Akal sudah setaraf dengan nafsu di dalam diri sudah menjadi jahat, orang jahat diri

Bukan sahaja dia rosak macam nafsu masyarakatnya juga dirosakkan

Sungguh malang kedudukan akal begitu tinggi di sisi Tuhan,

sekarang jatuh sejatuh-jatuhnya setaraf bumi

Begitu mulia di sisi Tuhan ia jatuhkan diri setaraf haiwan atau syaitan

Akal sepatutnya cintakan dan takutkan Tuhan

Sekarang sudah jadi takut dan cintakan dunia, cinta murahan

Ini adalah akibat sistem pelajaran dan pendidikan yang sudah tersasar jauh dari Tuhan

Habis akal dirosakkan

Dari asalnya menjadi pemimpin dan guru

Sekarang hanya berfungsi mencari makan macam haiwan atau syaitan

Betulkan semula sistem pendidikan dan pelajaran

Agar akal menjadi pemimpin dan guru semula, diri dan masyarakat dapat dibetulkan

oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi